October 27, 2009

Bbbblabla

Bosan...! Terasa kebosanan betoi hari ni...!Boring ja..! Ntah kenapa, malas lak nak buat keja, padahal berlambak2. Manual tk siap2 lagi..Terlampau byk sgt nak kena update,..last2 satu pun tk terbuat....last2 layan BB...ni pun gamble...tengah baca paper kat internet tadi, tetiba ada call masuk dr SIU..hmmm buat suspens jer...
Dlm beberapa hari tk der apa yg interesting nak tulis, weekend just stay at home...babah ada training at Kuantan..hmmm...penat sungguh melayan hero2 tu...tk keluar2 rumah...makan ja apa yg ada..this week baru rasa lega sikit...kurang2 tk la teruk sgt....tp bila kat opis, bosan la pulak...hmmm apa nk buat...Layan!!!

October 15, 2009

Panduan Pemakanan Semasa Mengandung

Juz found this article in internet as reminder to me...

Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

October 1, 2009

Checkup

Semalam 30/9/09 ada appointment - checkup at Putrajaya Hospital. Buat detail scan. Mukhriz n Nazim pun excited nak ikut jugak. Nasib baik diorang tk buat hal. Masing2 diam jer masa tgk scan baby, agaknya terpegun tengok baby bergerak2. Alhamdulillah, the twin nmpk okay. Normal n tk de any problem. Basically, physical baby dh complete. Nmpk kaki, tangan, badan, kaki dan tangan. Satu kepala di bawah dan satu lagi kepala di atas. Both begitu active bergerak2, with separate placenta. About the gender, not really so clear coz yg satu tu position mcm bersujud, so tk dpt nak identify the gender. Yg satu lagi nmpk mcm baby girl, but then not really so sure. Apa yg penting, both sempurna, sihat dan tk der masalah. Moga-moga insyaAllah.